Suami isteri maut kemalangan di Jalan Gerik-Jeli

Dua mangsa disahkan meninggal dunia selepas terbabit dalam nahas di Jalan Gerik-Jeli pada Sabtu. Foto: Ihsan Bomba Perak Gambar kanan: Keadaan kereta dinaiki lima sekeluarga yang remuk selepas terbabit dalam nahas di Gerik pada Sabtu. Foto: ihsan Bomba Perak

A
A
A

GERIK - [DIKEMAS KINI] Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan melibatkan sebuah treler di Kilometer 16.9, Jalan Raya Timur - Barat (JRTB) Gerik-Jeli di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian itu, mangsa dikenali sebagai Mohamad Nasir, 51, memandu kereta jenis Perodua Myvi dan isteri, Rohaya Harun, 46, yang duduk di bahagian penumpang hadapan maut di tempat kejadian manakala tiga anak mereka yang berusia tujuh, 12 dan 14 tahun dilaporkan parah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Mohd Azizan Aziz berkata, sepasukan anggota diatur gerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 1.10 petang.

"Kemalangan jalan raya melibatkan sebuah treler muatan simen dan kereta jenis Perodua Myvi.

"Dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan anggota mengeluarkan mangsa menggunakan pengusung," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu..

Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 2.45 petang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!