Jemaah dirawat di hospital diangkut bagi sempurnakan haji
MAKKAH - Kementerian Kesihatan Arab Saudi hari ini mula mengangkut jemaah haji di bawah rawatan perubatan dari Madinah ke Makkah.
Pesakit dari pelbagai negara, diangkut ke tanah suci menggunakan ambulans di bawah pengawasan doktor, bagi menyempurnakan ibadah haji dan pada masa yang sama, meneruskan rawatan mereka di Hospital Jabal Al-Rahma, di Arafat, menurut Saudi Press Agensi (SPA).
Jemaah haji mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Penjaga Dua Masjid Suci, dan kepada Duli Yang Teramat Mulia Putera Mahkota kerana memudahkan perjalanan ibadah Haji dan penjagaan kesihatan yang diterima. - Bernama/SPA
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!