Jangan guna jentera kerajaan berkempen untuk parti politik - Fahmi

Fahmi - Foto Bernama
Fahmi - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) diingatkan tidak sesekali menggunakan jentera kerajaan berkempen untuk parti politik dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, peringatan itu dibangkitkan beliau semasa sesi libat urus bersama pegawai lapangan Jabatan Penerangan Kelantan, malam ini.

"Melalui sesi tertutup seperti ini, mereka dapat peluang meluahkan pandangan, cadangan dan permasalahan untuk tindakan segera.

"Saya juga mengingatkan semua pegawai JaPen agar jangan sama sekali berkempen untuk parti politik dengan menggunakan jentera kerajaan,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Fahmi yang dalam rangka lawatan kerja ke Kelantan hari ini berkata, sesi bertemu dengan pegawai kementerian atau agensi merupakan antara perkara yang dimasukkan dalam jadualnya pada setiap kali turun ke negeri-negeri.

Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah dan Pulau Pinang akan terlibat dalam PRN tidak lama lagi. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!