'Jangan biar kanak-kanak tunggang motosikal' - Mohd Nizar

Nizar (kiri) mengucapkan takziah kepada Nik Mohd Khairul Hisyam ketika melawat keluarga tiga beradik yang maut dalam kemalangan pada Sabtu.
Nizar (kiri) mengucapkan takziah kepada Nik Mohd Khairul Hisyam ketika melawat keluarga tiga beradik yang maut dalam kemalangan pada Sabtu.
A
A
A

PEKAN - Ibu bapa perlu mengawasi anak-anak mereka agar tidak menunggang motosikal tanpa kebenaran bagi mengelakkan berlakunya kejadian tidak diingini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu Jaya, Datuk Mohd Nizar Najib berkata, peringatan itu diberi kerana banyak kes kemalangan membabitkan kanak-kanak yang menunggang motosikal tanpa kebenaran ibu bapa mahu penjaga.

"Saya sedih apabila dimaklumkan kejadian kemalangan yang membabitkan tiga beradik di Kampung Langgar, semalam (Sabtu). Motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah MPV (kenderaan pelbagai guna).

"Dalam sekelip mata sahaja, ibu bapa kehilangan tiga anak tersayang. Saya tidak dapat bayangkan perasaan ibu dan bapa kanak-kanak berkenaan yang menghadapi ujian berat itu," katanya selepas bertemu, Nik Mohd Khairul Hisyam Derahman, 41, dan isterinya, Nur Baizura Mustafa, 33, di Unit Forensik Hospital Pekan pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari Sabtu, tiga beradik iaitu Nik Ikram Idwan Nik Mohd Khairul Hisyam, 15, dan dua adiknya, Nik Nur Faqihah, 11, serta Nik Ikram Nuqman, 5, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal ditunggang mereka terbabit dalam kemalangan dengan MPV di Kilometer 7, Jalan Benta-Lamir berhampiran Kampung Langgar di sini.

Mohd Nizar berkata, masyarakat setempat juga perlu memainkan peranan untuk sama-sama mengawasi kanak-kanak yang menunggang motosikal.

Jenazah tiga beradik itu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jambu, Pekan pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN:

'Rayu nak pergi kedai, beli aiskrim untuk kali terakhir'

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!