Polis Turkiye tahan 50 individu sertai perarakan LGBT
ISTANBUL - Ratusan orang yang membawa bendera pelangi dan transgender berkumpul di Istiklal Avenue, tempat tradisional untuk perarakan.
Polis Turkiye menahan sekurang-kurangnya 50 individu selepas komuniti LGBT Istanbul mengadakan perarakan tahunan mereka, pada ahad.
Kerajaan pimpinan Presiden Recep Tayyip Erdogan dan parti AK yang berakar umbi islam telah memperkukuhkan pendiriannya terhadap kebebasan golongan berkenaan. Bercakap selepas kemenangan pilihan rayanya dalam pusingan akhir bulan lalu, erdogan menuduh parti pembangkang sebagai "pro-LGBT".
Pada Ahad, polis yang memakai peralatan rusuhan menghalang akses ke Istiklal Avenue, tempat tradisional untuk perarakan pride serta Dataran Taksim Tengah.
Jalan-jalan berhampiran telah disekat dan pengangkutan awam di kawasan itu digantung.
Pada Ahad, ratusan orang yang membawa bendera pelangi dan transgender berkumpul di taman mistik di daerah Sisli.
Gabenor Istanbul, Davut Gul berkata di twitter bulan ini bahawa sebarang aktiviti yang mengancam struktur keluarga tradisional tidak akan dibenarkan. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!