Lelaki ajak wanita 'dating' selepas rompak rumahnya
INDIANAPOLIS - Seorang lelaki yang ditahan selepas disyaki melakukan rompakan bersenjata di sebuah kediaman di Indianapolis sempat mengajak mangsa keluar 'dating' sejurus menambahnya sebagai kenalan di Facebook.
Wanita itu, Amber Beraun sedang menyemak suratnya sebelum Damien Boyce didakwa menahannya dengan pistol, merompak wang tunai AS$100 (RM465), lapor United Press International memetik laporan daripada WRTV Indianapolis.
Beraun berkata, lelaki itu kemudian memintanya mencari akaun Facebook dan menambahnya sebagai kenalan ketika suspek hanya memerhati.
Boyce memberitahu Beraun bahawa dia akan menggantikan wang wanita itu sebelum melarikan diri dengan basikal. Beraun kemudian menerima mesej Facebook daripada Boyce memberitahunya bahawa dia ingin berjumpa dengannya.
"Lihat saya akan membayar kembali wang anda, ia adalah cara untuk bertemu tetapi anda terlalu cantik untuk dirompak," kata satu daripada mesej Boyce, menurut Fox 19.
Boyce ditahan kerana melakukan rompakan bersenjata pada Rabu. Dia juga didakwa memiliki pistol sebagai penjenayah.
Dia juga ditahan seminggu sebelum itu kerana merompak hingga mengakibatkan kecederaan selain dituduh menembak dua individu dan memukul seorang lagi dengan batu dalam kejadian itu.
"Dia (Boyce) benar-benar cuba merompak barang-barang saya sendiri, tetapi dia menghilangkan rasa selamat saya dari rumah saya sendiri," kata Beraun kepada WRTV. - Bernama-UPI
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!