Lapan maut insiden tembakan di Ecuador

Ahli keluarga yang maut dalam kejadian tembakan menunggu di luar stesen polis Ecuador. - Foto AFP
Ahli keluarga yang maut dalam kejadian tembakan menunggu di luar stesen polis Ecuador. - Foto AFP
A
A
A

BUENOS AIRES - Sekurang-kurangnya lapan orang maut manakala lima lagi cedera dalam kejadian tembakan berkumpulan di wilayah Ecuador, Santo Domingo de Los Tsachilas, lapor media tempatan.

Insiden itu berlaku pada Ahad, lapor Sputnik, memetik Ecuavisa TV.

Menurut laporan awal polis, tembakan itu berikutan pertempuran antara kumpulan penjenayah tempatan.

Siasatan sedang dijalankan. - Bernama-Sputnik