ASB, ASB 2, ASM tarik RM3.5 bilion

No Image Caption
A
A
A

PENINGKATAN had pelaburan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) dan Amanah Saham Malaysia (ASM) telah menyumbang penambahan sebanyak RM3.5 bilion dalam tempoh tiga bulan lepas.

Presiden dan Ketua Eksekutif kumpulan Permodalan Nasional Bhd, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, angka itu diramalkan meningkat antara RM3 bilion dan RM5 bilion menjelang akhir tahun ini.

"Sejak had dana itu ditingkatkan, terdapat RM3.5 bilion wang baharu dalam tempoh tiga bulan lepas dengan 30 peratus adalah daripada pemegang unit bumiputera,” katanya dalam taklimat kepada media di Kuala Lumpur pada Isnin.

Ahmad Zulqarnain berkata, peningkatan dana itu disumbangkan oleh kira-kira 96,000 pemegang unit.

Had pelaburan ASB dan ASB 2 telah dinaikkan kepada RM300,000 berbanding RM200,000 bermula 1 April 2023, manakala saiz dana bagi ASM turut ditingkatkan sebanyak RM5 bilion bermula 1 Mei 2023.

ASB, ASB 2 dan ASM ditawarkan oleh Amanah Saham Nasional Bhd, syarikat pengurusan unit amanah milik penuh PNB. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!