Warga emas meninggal dunia dalam rumah berkunci

Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu rumah yang didiami warga emas berusia 77 tahun itu. - Foto ihsan Bomba Perak
Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu rumah yang didiami warga emas berusia 77 tahun itu. - Foto ihsan Bomba Perak
A
A
A

IPOH - Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia dalam sebuah rumah di Taman Pinji Mewah dekat Lahat di sini pada Isnin.

Mangsa yang berusia 77 tahun itu ditemukan dalam keadaan tertiarap oleh anggota bomba yang berjaya membuka pintu rumah berkenaan.

Difahamkan, mangsa tinggal sendirian sejak Jumaat lalu selepas isterinya menziarahi anak mereka di Johor.

Kejadian yang menimpa lelaki itu dilaporkan jirannya selepas dia gagal dihubungi dan dilihat tidak keluar dari rumah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Mohamad Fadzeli Che Husin berkata, maklumat diterima daripada polis sekitar jam 1.20 petang yang memaklumkan terdapat mangsa berada dalam rumah yang berkunci.

"Anggota memecahkan pintu jeriji dengan menggunakan peralatan khas.

"Mangsa yang ditemui tidak sedarkan diri bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 1.50 petang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!