Akinade, Shahril perkuat Kelantan United

Akinade (dua dari kiri) dan Shahril (dua dari kanan) yang menyertai Kelantan United.
Akinade (dua dari kiri) dan Shahril (dua dari kanan) yang menyertai Kelantan United.
A
A
A

KELANTAN United FC mengumumkan penyerang import kelahiran Nigeria, Ismaheel Akinade secara rasmi menyertai Sang Kijang Hijau.

Pengarah Eksekutif Kelantan United FC, Wan Mohd Zul Ikman berkata, Akinade dari Kelantan FC dibawa masuk sempena pintu perpindahan kedua yang akan dibuka awal bulan depan.

Beliau berkata, Kelantan United meletakkan harapan tinggi kepada pemain itu untuk mengembalikan kebangkitan pasukan dalam mengharungi baki saingan liga.

“Kehadiran pemain itu akan memperkuatkan pasukan sebaik sahaja pendaftaran dengan Malaysian Football League (MFL) selesai,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Dalam pada itu, Shahril Saa'ri juga sah sebagai penjaga gol Kelantan United sekali gus menggandakan kekuatan Sang Kijang Hijau.

“Penjaga gol berpengalaman, produk Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Harimau Muda pernah beraksi bersama beberapa kelab Liga Malaysia seperti Terengganu, Sabah, Sarawak, PKNS, PDRM dan Kedah.

“Kehadiran pemain berusia 33 tahun ini menjadi nilai tambah terbaik buat kelab dan dijangka akan memberi saingan sengit kepada dua penjaga gol sedia ada,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!