Pengawal Pantai AS tubuh MBI siasat tragedi Titan
BOSTON - Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) pada Ahad melancarkan siasatan untuk mengetahui punca sebenar letupan yang telah memusnahkan kapal selam Titan dan meragut nyawa kesemua kru yang menyertai ekspedisi ke lokasi Titanic tenggelam.
Jurucakapnya memaklumkan mereka telah menubuhkan Lembaga Penyiasatan Marin (MBI) yang merupakan tahap siasatan tertinggi untuk merungkai misteri tragedi di Atlantik Utara tersebut.
"Matlamat saya adalah untuk mencegah kejadian serupa daripada berulang dengan membuat cadangan keselamatan domain maritim di seluruh dunia.
"MBI sudah berada dalam fasa pengumpulan bukti awal termasuk operasi mendapatkan serpihan di lokasi kejadian," kata Ketua Penyiasat," Jason Neubauer.
Difahamkan, medan serpihan Titan ditemui pada jarak 500 meter dari haluan ke bangkai Titanic yang terletak sejauh hampir empat kilometer di dasar laut.
Pada Sabtu, Kanada juga mengumumkan ia melancarkan siasatan ke atas kejadian tersebut. - AFP
ARTIKEL BERKAITAN:Kapal selam meletup berhampiran Titanic, semua penumpang maut
Tragedi Titan: CEO abai amaran tahap keselamatan kapal selam
Tragedi pilu 'Titanic 2023'
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!