Alam sekitar, perubahan iklim cabaran besar NRECC - Nik Nazmi

Nik Nazmi
Nik Nazmi
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad akui kementeriannya berdepan dengan cabaran besar soal alam sekitar dan perubahan iklim yang semakin meruncing pada ketika ini.

Tetamu yang hadir pada program Town Hall Rakyat bersama Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Isnin. - Foto SINAR HARIAN / MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
Tetamu yang hadir pada program Town Hall Rakyat bersama Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Isnin. - Foto SINAR HARIAN / MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH

Ujar beliau, pada masa yang sama, kementerian juga turut menghadapi beberapa perkara lain seperti masalah air atau hutan yang mana melibatkan kuasa di tangan kerajaan negeri.

“Tetapi Kerajaan Persekutuan mahu atau tak mahu, kena juga memainkan peranan kami. Kita ada komitmen, misalnya di Perjanjian RIO 1992 untuk liputan hutan yang kini 54 peratus, alhamdulillah.

“Ini bermakna kita kena ada libat urus dengan kerajaan-kerajaan negeri untuk mereka juga memainkan peranan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Program Town Hall Rakyat yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Isnin.

Nik Nazmi menjadi tetamu kelima dalam program yang dihoskan Azhar Sulaiman.

Sementara itu, ujar Nik Nazmi, sekiranya kerajaan ada matlamat yang jelas dan dapat melaksanakan dasar di landasan betul, maka usaha mengatasi cabaran tersebut boleh dilakukan.

“Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) memang tidak ada satu ‘audience’ (sasaran) yang sama seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu lebih ‘direct’ (terus).

“Tetapi apabila kita bercerita tentang kementerian (NRECC) ini memang kita ada cabaran besar soal alam sekitar dan perubahan iklim. Ini menjadi soal yang semakin meruncing,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!