Contohi Selangor dalam pengurusan hutan - Nik Nazmi

Nik Nazmi bercakap ketika program Townhall Rakyat yang dihoskan oleh Azhar Sulaiman. - Foto Sinar Harian /Asril Aswandi Shukor.
Nik Nazmi bercakap ketika program Townhall Rakyat yang dihoskan oleh Azhar Sulaiman. - Foto Sinar Harian /Asril Aswandi Shukor.
A
A
A

SHAH ALAM - Seluruh negeri di Malaysia dinasihatkan untuk menjadikan Selangor sebagai salah satu contoh dalam pengurusan hutan.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pengurusan kerajaan negeri tersebut cukup tertib kerana mengambil kira pandangan orang ramai.

"Kerajaan Selangor, sekiranya mereka ingin menyahwartakan sesebuah hutan, mereka akan buat satu 'public hearing' atau kita panggil pendengaran awam.

"Kita nak perkara ini diperluaskan ke semua negeri supaya rakyat juga dapat melontarkan pandangan atau idea mengenai perkara ini," katanya.

Orang ramai yang hadir ketika program Townhall Rakyat bersama Menteri Sumber Manusia Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad di Auditorium Sinar Harian hari ini. Foto Sinar Harian /Asril Aswandi Shukor.

Beliau berkata demikian ketika program Town Hall Rakyat anjuran Sinar Harian edisi kelima pada Isnin yang dihoskan oleh Azhar Sulaiman yang berlangsung di Auditorium Sinar Harian hari ini.

Nik Nazmi menambah, isu pengurusan hutan sememangnya banyak terletak di bawah kerajaan negeri selepas agama.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!