Dana Jack Ma, Bill Gates, Jeff Bezos labur teknologi perlombongan AI

Dana yang disokong Jack Ma, Bill Gates dan Jeff Bezos itu adalah untuk meningkatkan kecekapan aktiviti perlombongan bahan penghasilan bateri, seperti litium, nikel, kobalt, dan kuprum.
Dana yang disokong Jack Ma, Bill Gates dan Jeff Bezos itu adalah untuk meningkatkan kecekapan aktiviti perlombongan bahan penghasilan bateri, seperti litium, nikel, kobalt, dan kuprum.
A
A
A

KUMPULAN syarikat Breakthrough Energy Ventures (BEV), yang disokong oleh Bill Gates, Jack Ma dan Jeff Bezos, baru-baru ini mengumumkan pelaburan AS$200 juta untuk KoBold Metals.

KoBold merupakan perintis dalam penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk meningkatkan kecekapan aktiviti perlombongan bahan penghasilan bateri, seperti litium, nikel, kobalt, dan kuprum.

Turut serta dalam pelaburan berkenaan ialah Andreessen Horowitz dan Bond Capital.

Teknologi AI yang digunakan KoBold membolehkan perlombongan sumber nadir bumi dibuat secara lebih mampan, dengan membolehkan lokasi endapan logam dibuat secara lebih tepat.

Langkah ini akan membantu mengurangkan masa dan kos penerokaan kawasan pelombongan.

KoBold juga mengumumkan akan terlibat dengan 60 projek di seluruh dunia menerusi bekerjasama dengan syarikat-syarikat perlombongan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!