Tak perlu ubah lokasi, Langkawi venue strategik anjur LIMA

LIMA’23 ada lebih 100 kapal terbang untuk pertunjukan udara, aerobatik dan statik, kapal terbang ketenteraan, komersial dan jet peribadi.
LIMA’23 ada lebih 100 kapal terbang untuk pertunjukan udara, aerobatik dan statik, kapal terbang ketenteraan, komersial dan jet peribadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan berpendapat Langkawi perlu dikekalkan sebagai venue penganjuran Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) memandangkan lokasinya yang amat strategik dan bersesuaian untuk acara dwitahunan itu diadakan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Langkawi, yang menjadi lokasi LIMA sejak 1991, memiliki lapangan terbang dan kawasan lapang untuk menempatkan pelbagai jenis pesawat dan kapal terbang, lokasi laut strategik selain infrastruktur mencukupi dan bersesuaian.

"Baru-baru ini (LIMA’23) ada lebih 100 kapal terbang untuk pertunjukan udara, aerobatik dan statik, kapal terbang ketenteraan, komersial dan jet peribadi. Jadi kita memerlukan kawasan amat sesuai untuk letakkan kapal terbang dan pesawat ini.

"... kerana untuk pertunjukan aerobatik kita kena tutup lebih kurang empat jam ruang udara, ‘no flying zone’ pada ketika itu, ia akan mengganggu lalu lintas penerbangan awam sebab itu LIMA kita adakan di Langkawi memandangkan lautnya juga merupakan pelabuhan yang terlindung dan kedalamannya sesuai,” katanya.

Beliau berkata demikian di Dewan Negara bagi menjawab soalan Datuk Jefridin Atan yang ingin tahu jika terdapat cadangan untuk LIMA diadakan di luar Langkawi memandangkan terdapat permintaan tinggi daripada rakyat di luar Langkawi selain mampu menarik lebih ramai pengunjung untuk hadir ke acara itu.

AKAN MENYUSUL

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!