United mungkin boleh beli 'penyerang ajaib' Gambia
MANCHESTER United yang giat mengintai penyerang baharu mungkin boleh menimbang untuk mendapatkan pemain remaja Gambia berusia 19 tahun, Adama Bojang.
Malah pemain yang beraksi bersama kelab Gambia, Steve Biko boleh ditandatangani dalam tempoh 10 hari akan datang dengan harga murah kira-kira 5 juta euro (RM25.4 juta).
Sky Deutschland (melalui SportWitness) melaporkan Red Devils merupakan salah satu daripada beberapa kelab yang menjejaki Bojang.
Selain United, pasukan Eintracht Frankfurt, Racing Strasbourg dan sebuah lagi kelab teratas Jerman turut berminat untuk mendapatkan khidmat pemain yang digelar sebagai 'penyerang ajaib' itu.
Ejen pemain itu, Sacha Empacher memberitahu Sky Germany untuk mempromosikan kehebatan pemain remaja itu.
“Adama (Bojang) adalah pemain Afrika terbaik yang pernah saya lihat dalam dekad yang lalu,” katanya.
Malah Empacher turut melihat potensi Bojang untuk menjadi salah seorang penyerang hebat Afrika seperti Didier Drogba, Samuel Eto'o, dan Victor Osimhen.
“Sky di Jerman berkata perjanjian untuk membawanya ke Eropah harus diselesaikan dalam 10 hingga 14 hari akan datang dengan nilai murah sebanyak
5 juta euro (RM25.4 juta),” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!