Nelayan mati lemas selepas terjatuh dari bot

Mayat mangsa ditemukan kira-kira jam 11.40 pagi semalam berdekatan Pelabuhan Kerteh, Kemaman. Gambar kecil, Mohd Firdaus.
Mayat mangsa ditemukan kira-kira jam 11.40 pagi semalam berdekatan Pelabuhan Kerteh, Kemaman. Gambar kecil, Mohd Firdaus.
A
A
A

DUNGUN - Seorang nelayan lemas selepas terjatuh dari bot ketika pulang dari menangkap ikan bersama tiga rakannya dalam kejadian di Pantai Kuala Paka, di sini.

Mayat mangsa, Mohd Firdaus Abdullah, 21, ditemukan kira-kira jam 11.40 pagi tadi berdekatan Pelabuhan Kerteh, Kemaman selepas hampir 14 jam hilang.

Mangsa dikhuatiri lemas dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi semalam lebih kurang dua batu nautika di perairan Kuala Paka ketika dalam perjalanan ke jeti Kuala Dungun untuk pulang ke rumah

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Sufian Mohd berkata, mangsa ditemui dalam keadaan terapung oleh pasukan penyelamat.

Menurutnya, selepas pemeriksaan dilakukan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan sebelum diserahkan kepada pihak polis pada jam 12.20 tengah hari tadi untuk tindakan lanjut.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat mangsa dimulakan malam kelmarin dengan melakukan pencarian di pesisir pantai.

"Bomba dengan kekuatan lima anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Paka bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kira-kira jam 10.24 malam tadi.

"Operasi kemudian disambung jam 7 pagi tadi namun ditamatkan kira-kira jam 12.30 tengah hari dengan penemuan mayat mangsa," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam insiden semalam itu, tiga lagi rakan mangsa bertindak mencarinya di kawasan sekitar selepas terkejut melihat rakan mereka itu terjatuh dari bot.

Namun, usaha itu gagal sebelum mereka menghubungi salah seorang ahli keluarga mangsa untuk memaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!