Pejabat JSJ IPK Perak terbakar
IPOH - Pejabat operasi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini terbakar pada Selasa.
Panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh pada jam 3.14 petang.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kebakaran berlaku di tingkat dua bangunan melibatkan 40 peratus kemusnahan.
"Operasi pemadaman dilakukan dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela Pekan Baru," katanya dalam kenyataan di sini.
Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri memaklumkan, kebakaran tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan serius.
"Tidak serius dan telah berjaya dipadamkan," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!