Mayat reput ditemukan di persisir pantai

No Image Caption
A
A
A

LANGKAWI - Mayat dalam keadaan reput dan tidak sempurna ditemukan di pesisiran pantai Imigresen Tanjung Rhu di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, mayat reput itu ditemukan orang awam lebih kurang jam 2.15 petang.

Menurut beliau, anggota Pejabat Pertanyaan Balai Polis Ayer Hangat menerima panggil daripada seorang pekerja konsesi berhubung penemuan mayat tersebut.

"Bagaimanapun, mayat dalam keadaan reput yang ditemukan di pesisir pantai berkenaan belum dapat dipastikan jantina ataupun bangsanya.

"Setakat ini, tiada laporan diterima dari mana-mana pihak berkaitan orang hilang di laut dan semakan akan dilakukan dengan daerah berhampiran seperti Thailand dan Perlis," katanya.

Mohd Iqbal berkata, mayat tersebut telah dibawa ke Hospital Langkawi untuk tindakan selanjutnya dan siasatan diteruskan bawah kematian mengejut (SDR).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!