150 nelayan, petani terima bantuan Aidiladha

Auni (tiga dari kanan) menyerahkan sumbangan barang keperluan kepada penerima terpilih di Kuala Kangkong di sini pada Selasa.
Auni (tiga dari kanan) menyerahkan sumbangan barang keperluan kepada penerima terpilih di Kuala Kangkong di sini pada Selasa.
A
A
A

ALOR SETAR - Seramai 150 nelayan dan petani di Kuala Kangkong menerima bantuan barangan keperluan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada Selasa.

Penaung Ellys Prihatin, Auni Nazmi Azhar,31 berkata, pemilihan penerima dibuat dengan bantuan komuniti Nelayan Pelantar Kayu Kuala Kangkong.

Katanya, antara barangan yang disampaikan termasuklah beras, gula, minyak dan lain-lain keperluan dapur.

"Sumbangan pada kali ini untuk meringankan beban komuniti di Kuala Kangkong yang terdiri daripada warga emas, ibu tunggal dan asnaf menyediakan keperluan untuk sambut Hari Raya Aidiladha pada Khamis.

"Saya harap sumbangan yang tidak seberapa ini memberi manfaat kepada penerima dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang," katanya ketika ditemui di Majlis Sumbangan Elyss Prihatin di Kuala Kangkong di sini pada Selasa petang.

Menurutnya, Elyss Prihatin ditubuhkan untuk melakukan kerja- kerja amal membantu golongan yang memerlukan.

"Saya juga berasal daripada keluarga yang susah, jadi saya dapat selami perasaan mereka dan berharap lebih ramai anak-anak dari keluarga asnaf berjaya suatu hari nanti," katanya.

Ujarnya, dana yang digunakan untuk menggerakkan pertubuhan berkenaan 100 peratus daripada hasil perniagaannya.

"Buat masa ini saya belum membuka sumbangan dana daripada pihak luar, mungkin ke depan nanti kita akan pertimbangkan," katanya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!