Maqis rampas 18 tan beras cuba diseludup dari Singapura

Maqis merampas 18 tan beras yang cuba diseludup dari Singapura selepas menahan sebuah lori di laluan import kargo BSI, Johor Bahru pada Khamis.
Maqis merampas 18 tan beras yang cuba diseludup dari Singapura selepas menahan sebuah lori di laluan import kargo BSI, Johor Bahru pada Khamis.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) merampas 18 tan beras yang cuba diseludup dari Singapura selepas menahan sebuah lori di laluan import kargo Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini pada Khamis.

Maqis Johor dalam satu kenyataan memberitahu, pemeriksaan ke atas lori tersebut dilakukan dengan kerjasama anggota kastam serta Bahagian Kawalselia Padi dan Beras Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) pada jam 3 petang.

"Kita menahan sebuah lori yang cuba membawa 20 jumbo bag mengandungi beras dengan anggaran berat sebanyak 18 tan dianggrakan bernilai RM100,000 tanpa mempunyai dokumen bagi mengimport dagangan tersebut di BSI.

"Hasil pemeriksaan lanjut dijalankan Pegawai Penguasa Maqis mendapati barangan ini dibawa masuk dengan pengingkaran menggunakan maklumat 'item' lain bagi cubaan mengelirukan pegawai penguat kuasa di pintu masuk," menurut kenyataan itu pada Rabu.

Pada masa sama kata Maqis, pemandu lori berusia 30-an ditahan dan telah diambil keterangan.

Jelas jabatan berkenaan, kes tersebut telah diserahkan kepada pihak Kawalselia Padi dan Beras Negeri Johor bagi siasatan lanjut.

"Maqis sentiasa komited menjalankan penguatkuasaan di pintu masuk bagi menjamin keselamatan keluaran pertanian yang masuk ke dalam negara dan sentiasa mempertingkatkan kerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasa kerajaan bagi memperkukuhkan kawalan biosekuriti negara," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!