Berselindung di sebalik pusat sukan dan rekreasi

Antara GRO warga asing yang ditahan.
Antara GRO warga asing yang ditahan.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Kelihatan seperti pusat sukan dan rekreasi, namun aktiviti persundalan yang disediakan di dalam premis yang terletak di Bukit Mertajam di sini.

Bagaimanapun aktiviti itu terbongkar selepas diserbu Jabatan Imigresen Pulau Pinang dalam operasi yang dilakukan kira-kira jam 10 malam kelmarin.

Pengarah Imigresen Pulau Pinang, Muhamad Husni Mahmud berkata, sebelum ini pihaknya menerima aduan daripada orang ramai mengenai aktiviti pelacuran di dalam premis berkenaan dengan menawarkan khidmat wanita pelayan pelanggan (GRO) warga asing kepada pelanggan.

Menurutnya, hasil serbuan pihaknya menahan 11 wanita Vietnam, Thailand (enam), China (dua) dan seorang wanita Indonesia serta dua lelaki Bangladesh.

"Premis ini pernah diserbu beberapa kali sebelum ini namun gagal selepas ia berjaya dihidu tonto, namun dalam operasi kelmarin ia membuahkan hasil.

“Dalam serbuan itu seramai 32 orang warga asing diperiksa dan 20 wanita yang disyaki menjalankan aktiviti tidak bermoral dan dua pekerja warga asing berjaya ditahan," katanya di sini hari ini.

Muhamad Husni berkata, kesemua mereka turut gagal mengemukakan dokumen perjalanan atau pasport yang sah untuk berada di Malaysia serta melanggar syarat-syarat pas lawatan.

Katanya, melalui maklumat risikan, premis mempunyai laluan rahsia bagi membolehkan wanita berkenaan melarikan diri namun perancangan yang dilakukan berjaya memperdaya tonto dan penjaga premis.

Artikel Berkaitan:

Katanya, semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta imigresen 1959/63 dan Peraturan 11(7)(a) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!