Pelakon Kevin Spacey dibicarakan atas salah laku seksual

Spacey - Foto AFP
Spacey - Foto AFP
A
A
A

PELAKON pemenang Oscar, Kevin Spacey hadir di mahkamah pada Rabu untuk perbicaraan kes salah laku seksual terhadap empat lelaki, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Bintang Hollywood berusia 63 tahun ini sebelum ini menafikan 12 pertuduhan, termasuk serangan seksual dan berkelakuan tidak senonoh.

Pelakon itu mengaku tidak bersalah pada Januari atas tiga pertuduhan serangan tidak senonoh, tiga pertuduhan serangan seksual dan satu pertuduhan menyebabkan seseorang melakukan aktiviti seksual tanpa kebenaran.

Pemenang Anugerah Akademi dua kali itu juga sebelum ini menafikan empat lagi pertuduhan.

Dalam perbicaraan di Mahkamah Majistret Westminster pada bulan Jun, peguam Spacey, Patrick Gibbs QC berkata, anak guamnya "bersungguh-sungguh menafikan semua jenayah dalam kes ini dan kembali ke UK untuk membuktikan dia tidak bersalah dan mahu meneruskan kehidupannya.

Spacey terkenal kerana membintangi House of Cards, American Beauty dan The Usual Suspects dan merupakan pengarah artistik di teater The Old Vic di London antara 2004 dan 2015.

Spacey diikat jamin tanpa syarat. - Bernama-dpa

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!