Ukraine serang jambatan Crimea halang bekalan ketenteraan Rusia
"Penutupan sementara laluan tersebut menyebabkan konvoi logistik Rusia mengambil sekurang-kurangnya 50 peratus lebih lama untuk sampai ke medan perang melalui laluan alternatif," menurut kementerian itu di Twitter.
Pihak berkuasa Rusia "diyakini membina laluan alternatif dengan menggunakan jambatan pontun dalam tempoh 24 jam selepas serangan yang berlaku pada awal pagi Khamis, lapor agensi berita Jerman (dpa).
"Kepantasan pembinaan laluan alternatif menunjukkan betapa pentingnya laluan ini bagi usaha ketenteraan Rusia di Ukraine," menurut kenyataan itu.
Laluan itu kemungkinan kini dikhaskan untuk kegunaan tentera.
Jambatan Chonhar menghubungkan semenanjung Laut Hitam Crimea dan wilayah selatan Ukraine Kherson, yang sebahagiannya diduduki oleh Rusia. - Bernama-dpa
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!