Isu Palestin: Kerajaan digesa sahkan penyataan bertulis ke ICJ

Kaukus Palestin Parlimen Malaysia menyeru kerajaan untuk mengesahkan penyataan bertulis kepada ICJ berkenaan sokongan usaha Majlis Legislatif Palestin di Gaza mengemukakan dan mengangkat kes undang-undang di ICC menentang kerajaan Israel.
Kaukus Palestin Parlimen Malaysia menyeru kerajaan untuk mengesahkan penyataan bertulis kepada ICJ berkenaan sokongan usaha Majlis Legislatif Palestin di Gaza mengemukakan dan mengangkat kes undang-undang di ICC menentang kerajaan Israel.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kaukus Palestin Parlimen Malaysia menyeru kerajaan untuk mengesahkan penyataan bertulis kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berkenaan sokongan usaha Majlis Legislatif Palestin di Gaza mengemukakan dan mengangkat kes undang-undang di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) menentang kerajaan Israel.

Ketua Kaukus Palestin Parlimen Malaysia, Syed Ibrahim Syed Noh dalam kenyataan pada Rabu berkata, perkara itu penting bagi menuntut Israel untuk bertanggungjawab di atas pencabulan terhadap rakyat Palestin dan pemenjaraan terbuka yang berpanjangan ke atas Gaza yang telah memasuki tahun ke-17 dan merupakan pelanggaran Artikel 33 Konvensyen Geneva.

"Selaras dengan resolusi yang diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 31 Disember 2022 yang mendesak ICJ untuk mengendalikan isu berkaitan Israel-Palestin, pengilhakkan oleh Israel dan status penjajahan oleh rejim berkenaan.

"Seorang aktivis tempatan yang dihormati Dr Fauziah Mohd Hasan telah berulang kali mendesak agar Malaysia bersetuju dengan penyataan bertulis yang akan dikemukakan kepada ICJ,” katanya.

Katanya, dalam keadaan Israel masih meneruskan pembinaan penempatan haram, maka Malaysia perlu segera meletakkan tekanan ke atas ICJ untuk mengambil langkah terhadap pimpinan Israel supaya kawalan tidak sah terhadap Palestin dan pembinaan tembok apartid haram di atas tanah itu dihentikan segera. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!