OPEC nafi terima Guyana sebagai ahlinya
VIENA - Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak Petroleum (OPEC) pada Selasa menafikan laporan media bahawa kumpulan itu menjemput Guyana untuk menyertai pertubuhan terbabit, lapor Xinhua.
Pada masa yang sama, OPEC dalam kenyataannya mengakui bahawa "Guyana adalah pemain baharu yang sedang berkembang dalam pasaran minyak antarabangsa dan memiliki potensi yang signifikan".
The Wall Street Journal melaporkan pada Isnin bahawa OPEC baru-baru ini menjemput Guyana, untuk menyertai pertubuhan itu.
Bagaimanapun OPEC, begitalam kenyataannya memaklumkan bahawa blok itu menjemput Vickram Bharrat, menteri sumber asli Guyana, untuk menghadiri Seminar Antarabangsa OPEC kelapan, iaitu acara utama pertubuhan itu yang akan diadakan di Vienna dari 5 hingga 6 Julai.
OPEC menegaskan ia akan "terus menjalin hubungan dengan pengeluar lain, serta pengguna, untuk membina jambatan bagi dialog dan kerjasama, demi kestabilan keseluruhan pasaran minyak".
Ditubuhkan di Baghdad, Iraq, pada September 1960 oleh Iran, Iraq, Kuwait, Arab Saudi, dan Venezuela, OPEC kini mempunyai 13 ahli. - Bernama-Xinhua
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!