Wanita terjatuh dari kapal persiaran berjaya diselamatkan
SEORANG wanita berjaya diselamatkan selepas terjatuh dari sebuah kapal pesiaran.
Video yang tular sejak awal minggu ini menunjukkan wanita berkenaan terjatuh ke dalam laut dari geladak 10 kapal Mariner of the Seas pada Ahad lalu.
Kapal berkenaan meninggalkan Pelabuhan Canaveral di Florida, Amerika Syarikat (AS) pada 23 Jun untuk pelayaran lapan hari mengelilingi Caribbean.
Ketika kejadian, kapal berkenaan berada pada kedudukan 27 batu nautika selatan Punta Cana, Republik Dominika dan sedang menuju ke Willemstad, Curacao.
Pengawal Pantai AS di Sector San Juan menerima laporan kira-kira jam 5.44 petang waktu tempatan bahawa wanita berkenaan telah diselamatkan.
Mangsa hanya dikenal pasti sebagai seorang wanita berusia 42 tahun warga AS.
Dia dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas diselamatkan, kata Pengawal Pantai AS dalam satu kenyataan.
Siasatan kini dijalankan bagi mengetahui punca kejadian.
Selepas mangsa diselamatkan, kapal pesiaran berkenaan meneruskan perjalanan dan dijangka akan tiba kembali ke Pelabuhan Canaveral pada 1 Julai.
Man overboard on Royal Caribbean mariner of the seas. Smoke is at the site. Hopefully they are ok. Boat is turning around pic.twitter.com/4SGtpLSMyr
— Matt Kuhn (@matthew_kuhn) June 25, 2023
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!