'Selamat negara, selamat umat' - PM

Anwar melambai tangan ke arah para jemaah selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Putra hari ini. - Foto Bernama
Anwar melambai tangan ke arah para jemaah selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Putra hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara ringkas menzahirkan penghargaan akan pengorbanan yang dilakukan oleh semua pihak dalam memastikan keamanan negara ini.

Katanya, berkat kesabaran, ketenangan semua membolehkan apa yang dikecapi Malaysia ketika ini.

"Selamat semua, tenang semua, sabar semua semangat pengorbanan semua, insya-ALLAH. Selamat negara selamat umat," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Masjid Putra, Putrajaya selepas menunaikan solat sunat Aidiladha pada Khamis.

Terdahulu, Anwar tiba dengan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kira-kira jam 8.19 pagi disambut Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff.

Ini merupakan kali pertama Anwar menunaikan solat sunat Aidiladha bersama warga Putrajaya selepas menjawat jawatan itu pada November lalu.

Hadir sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!