Amaran ribut petir, hujan lebat di 11 negeri
KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di 11 negeri hari ini (Khamis) sehingga 7 malam.
MetMalaysia dalam kenyataan dikeluarkan pada 2.45 petang memaklumkan, negeri yang terlibat ialah Kedah meliputi Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu; Perak; Kelantan (Gua Musang) serta Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang da Dungun).
Selain itu, Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Rompin); Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat); Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Jempol) dan Johor (Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi).
Di Sarawak pula meliputi Sibu (Kanowit dan Selangau); Mukah (Mukah); Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong); Bintulu, Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang serta Pedalaman (Sipitang, Beaufort dan Tambunan); Pantai Barat, Tawau (Kunak dan Lahad Datu); Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas) di Sabah. - Bernama.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!