Liang Teck Meng hasrat tanding jawatan Presiden Gerakan
SHAH ALAM - Bekas Setiausaha Agung Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Liang Teck Meng menyatakan hasrat ingin bertanding jawatan presiden parti tersebut pada pemilihan tahun ini.
Pengumuman tersebut dilakukan beliau dalam satu hantaran di Facebooknya pada Khamis.
“Jika saya terpilih, saya yakin dengan prestasi dan pengalaman luas saya ketika menjadi Setiausaha Agung, dua penggal ahli parlimen dan Pengerusi SPAN akan memberikan kelebihan mengembalikan maruah serta menghidupkan semula parti bagi keyakinan masyarakat terhadap parti ini,” katanya.
Pengerusi Gerakan ketika ini disandang oleh Datuk Dominic Lau.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!