Bakar al-Quran: Malaysia kutuk keputusan pihak berkuasa Sweden
Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam hantarannya dalam jalur Tweeter hari ini berkata, keputusan mahkamah Sweden bukan satu langkah progresif dalam usaha untuk meningkatkan perasaan saling memahami dan menghormati untuk kebaikan manusia.
"Perbuatan yang mencemari kesucian al-Quran ketika umat Islam di seluruh dunia sedang menyambut Aidiladha merupakan satu tindakan yang menyinggung perasaan Muslim di seluruh dunia dan mencabuli prinsip sejagat iaitu saling memahami dan menghormati kesemua agama dan kitab suci mereka,” katanya. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!