Cikgu tambah duit poket jual kaligrafi khat

Tulisan khat hasil karya Zalina.
Tulisan khat hasil karya Zalina.
A
A
A

SHAH ALAM - Hanya dengan cara menzahirkan bakat dan mempersembahkan kreativiti melalui seni tulisan khat, ia mampu menjana wang buat sesiapa sahaja yang berusaha keras.

Seorang guru sekolah swasta, Zalina Ab Majid, 46 berkata, berdasarkan pengalaman, dia pernah mendapat tempahan karya Asma'ul husna yang bernilai anggaran RM3,000.

"Harga lukisan biasanya bergantung kepada saiz dan 'design' permintaan daripada pelanggan.

"Kalau jenis kanvas, saya akan tawarkan harga serendah RM80 hingga RM3,000 mengikut saiz yang diminta oleh pelanggan." katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Tidak mensia-siakan bakat dalam seni khat, wanita yang berasal daripada Merlimau Melaka itu memberitahu, dia biasanya mengambil masa tidak lama untuk menyiapkan sesuatu karya bergantung pada saiz dan ruang masa.

Zalina mula menulis khat pada usia 15 tahun.
Zalina mula menulis khat pada usia 15 tahun.

"Contohnya, tempahan 'frame kanvas' yang bersaiz lima kaki, saya mengambil masa dua minggu untuk menyiapkan karya tersebut.

"Ramai pelanggan membeli tulisan khat ini untuk dijadikan hiasan di dinding rumah, pejabat, sekolah atau kedai dan juga sebagai hadiah," ujarnya.

Ibu kepada tiga orang anak ini berpendapat, tulisan khat antara kesenian Islam yang sehingga kini masih mendapat perhatian masyarakat malah perkembangannya cukup memberangsangkan dari semasa ke semasa.

"Setiap bulan pasti ada tempahan yang diterima, walaupun tidak banyak iaitu satu atau dua tetapi orang tetap cari tulisan khat.

"Khat menjadi unsur penting daripada cabang-cabang kesenian yang masih terpelihara hingga ke hari ini. Alhamdulillah, saya dikurniakan bakat menulis tulisan khat dan lebih berfokus kepada khat diwani, diwani jali dan thulus," jelasnya.

Zalina memberitahu, minat mendalam terhadap tulisan itu sekali gus mendorong dia untuk mempelajarinya sejak di sekolah menengah.

Harga lukisan biasanya bergantung kepada saiz dan 'design' permintaan daripada pelanggan.
Harga lukisan biasanya bergantung kepada saiz dan 'design' permintaan daripada pelanggan.

"Saya mula menulis khat pada usia 15 tahun dan sejak itu saya banyak berlatih malah ayah telah menghantar saya untuk mempelajari tulisan khat dengan lebih mendalam. Hingga ke hari ini, saya tidak jemu belajar.

"Saya berharap akan lebih ramai generasi muda mengenali dan mempelajari tulisan khat ini bagi memelihara kesenian itu agar terus kekal sepanjang zaman," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!