354 pegawai kanan TUDM sertai RMAF Challenge 2019

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 354 pegawai-pegawai kanan Tentera Udara Malaysia (TUDM) berpangkat Lt Kolonel setaraf dan ke atas menyertai acara larian RMAF Challenge 2019 di sini pagi tadi.

Markas Tentera Udara dalam kenyataan hari ini berkata acara larian sejauh 10 kilometer selama dua jam bermula pukul 7.00 pagi itu diadakan di Taman Botani Perdana.

"Aktiviti ini bertujuan membudayakan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti kecergasan agar sentiasa cergas di samping siap siaga dalam mempertahankan kedaulatan negara," menurut kenyataan itu.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Affendi Buang, dan acara dimulakan dengan senamrobik di bawah kelolaan Jurulatih Jasmani TUDM dengan bantuan Badan Kesenian Tentera Udara.

Menurutnya 10 pemenang terawal daripada empat kategori iaitu berumur 55 tahun dan ke atas, 50 hingga 54 tahun, 45 hingga 50 tahun dan 44 tahun ke bawah menerima pingat. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!