Kante beli kelab Belgium

KANTE
KANTE
A
A
A

N'GOLO Kante telah bersetuju membeli pasukan divisyen tiga Belgium, Royal Excelsior Virton.

Kelab itu pada Khamis berkata, bahawa bekas pemain tengah Chelsea dan Leicester City itu bersedia untuk mengambil alih pemilikan daripada Flavio Becca mulai 1 Julai.

Bagaimanapun, kelab yang terletak berhampiran sempadan Luxembourg, tidak mendedahkan sebarang butiran kewangan untuk perjanjian itu.

"Flavio sangat gembira kerana dapat menyerahkan kelab kepada N'Golo Kante, pemain berkelas hebat, bukan sahaja dari segi kualiti bola sepak tetapi juga sebagai manusia yang dihormati seluruh dunia.

"Flavio menyerahkan sebuah kelab dalam keadaan kewangan yang baik, bebas daripada semua hutang. Lembaga pengarah baharu akan dilantik dalam beberapa hari lagi," kata kelab itu dalam satu kenyataan.

Kante meninggalkan Eropah dan menyertai kelab Arab Saudi, Al Ittihad selepas memenangi Liga Perdana Inggeris bersama Leicester dan Chelsea serta mengetuai pasukan London itu muncul juara Liga Juara-Juara dan Piala FA.

Pemain berusia 32 tahun itu juga tonggak penting Perancis ketika muncul juara Piala Dunia 2018.

Media Saudi berkata perjanjian Kante dengan Al-Ittihad bernilai €100 juta (RM509 juta) dalam tempoh dua tahun.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!