Tular menteri didakwa buat kecoh di KLIA

Individu dipercayai menteri didakwa membuat kecoh di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Khamis.
Individu dipercayai menteri didakwa membuat kecoh di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Suasana di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini kecoh apabila seorang individu dipercayai menteri cuba membebaskan seorang pelawat China yang ditahan Jabatan Imigresen pada Khamis.

Menurut sumber, pelawat warga China itu ditahan oleh pihak berkuasa sebaik sahaja tiba masuk ke negara ini.

Individu yang dipercayai menteri itu kemudiannya terus masuk ke dalam balai ketibaan tanpa memohon pas kebenaran.

Suasana tegang berlaku apabila pihak berkuasa di KLIA tidak membenarkan beliau 'menyelamatkan' pelawat warga China tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd Rahman ketika dihubungi Sinar Harian memaklumkan tiada laporan yang diterima berhubung perkara tersebut.

"Setakat ini tiada laporan diterima berkaitan kejadian," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!