Malaysia negara ketiga teratas dunia ketagih telefon pintar
SHAH ALAM - Malaysia menjadi tiga negara teratas dunia yang kadar ketagihan penggunaan telefon pintar tertinggi dalam kalangan rakyatnya.
'World of Statistics' menerusi Twitternya mendedahkan, Malaysia berada di belakang China dan Arab Saudi bagi kadar ketagihan penggunaan telefon pintar tersebut.
Sebanyak 21 buah negara tersenarai dalam senarai yang dikongsikan berkenaan.
Brazil, Korea Selatan dan Iran pula masing-masing menghuni tangga empat, lima dan enam.
Ia diikuti Kanada, Turki, Nepal, Mesir, Itali, Australia, Israel, Serbia, Jepun, United Kingdom, India, dan Amerika Syarikat.
Tiga negara terbawah yang disenaraikan pula adalah Romania, Nigeria dan Belgium.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!