Boakye sandaran baharu Gergasi Merah
PENGGEMPUR import baharu Selangor FC, Richmond Boakye bukan pemain yang boleh dipandang rendah selepas pengalamannya beraksi di pentas Eropah menjadi sandaran untuk membantu skuad Gergasi Merah di pentas Liga Malaysia.
Apa tidaknya, bekas pemain Elche FC itu pernah beraksi menentang Real Madrid dan menjaringkan gol penyamaan dalam aksi La Liga pada 2013 yang menjadi detik terbaik dalam kariernya.
Lebih manis, gol yang dijaringkannya itu memadam gol yang dijaringkan Cristiano Ronaldo dalam aksi LaLiga pada 2013 yang menyakiskan golnya itu membolehkan Elche seri 1-1.
“Bermain menentang Real Madrid dan menjaringkan gol ketika Cristiano Ronaldo menjaringkan gol...dan menjaringkan gol penyamaan dan melihat mukanya.
“Ia amat menyenangkan dapat menjaringkan gol ke atas Real Madrid terutama sekali dengan Cristiano Ronaldo yang selalu melakukan ‘siuuuu’,” katanya yang berasal dari Ghana.
Boakye mempunyai reputasi yang baik di depan gawang dengan mengumpul 109 gol sepanjang bergelar pemain profesional sejak 2010 dengan sebahagian besar beraksi di Serie A dan Serie B Liga Itali, LaLiga Sepanyol dan Liga Serbia.
Antara kelab yang pernah mendapatkan khidmatnya adalah Juventus, Genoa, Atalanta, Red Star Belgrade dan beraksi di Liga Super China bersama Jiangsu Suning dengan rekod perpindahan 5.5juta Euro atau bersamaan RM28 juta pada 2018 lalu.
"Saya ingat beri tahu kepada penyokong, tanpa mereka tidak akan wujudkan kelab dan.
"Saya di sini untuk menjadi sebahagian daripada penyokong dan saya di sini, untuk menjadi sebahagian daripada kelab dan untuk mencipta sejarah dan meninggalkan legasi," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!