Kedutaan Malaysia di Manila kenal pasti 127 mangsa Pogo

KLN dalam kenyataan pada Jumaat
KLN dalam kenyataan pada Jumaat
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Luar Negeri (KLN) memaklumkan Kedutaan Besar Malaysia di Manila berjaya mengenal pasti 127 warganegara Malaysia daripada 134 orang mangsa yang diselamatkan semasa operasi serbuan ke atas Philippine Offshore Gaming Operator (Pogo) pada Selasa.

KLN dalam satu kenyataan berkata, hasil lawatan konsular yang diadakan ke atas mangsa-mangsa warga Malaysia itu mendapati semuanya berada dalam keadaan baik.

“Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu logistik dan kebajikan yang sedang diambil tindakan oleh pihak berkuasa tempatan untuk memastikan kesemua mangsa berada dalam keadaan terbaik.

“Sebarang maklumat terkini berkaitan perkara ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya kenyataan itu.

Media Filipina pada Selasa melaporkan seramai 2,714 orang diselamatkan polis negara berkenaan susulan serbuan ke atas Pogo di Bandar Las Pinas awal pagi hari berkenaan.

Dalam pada itu, kenyataan itu berkata, pihak berkuasa tempatan Filipina akan memulakan proses deportasi ke atas semua mangsa setelah proses siasatan dan dokumentasi selesai.

“Untuk maksud ini, KLN melalui Kedutaan Besar Malaysia di Manila akan memberikan bantuan konsular sewajarnya bagi menghantar pulang kesemua mangsa ke Malaysia dalam masa terdekat,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!