Sila log masuk terlebih dahulu.

Pandu lawan arus dek sesat cari kedai makan

A
A
A
BERITA SEMASA 30 JUN 2023

Seorang lelaki warga emas yang dikatakan menghadapi masalah lupa ingatan dikesan memandu melawan arus dari Plaza Tol Sungai Dua sehingga Kilometer (KM) 126.3 Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan) Kepala Batas, pada Rabu. Lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira jam 7.43 pagi sebelum petugas Peronda Lebuh Raya Zon Utara, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman menjejaki kenderaan terbabit.

Menurutnya, pemandu berusia 84 tahun itu berjaya ditahan dan dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/265947/berita/semasa/sesat-cari-kedai-makan-warga-emas-pandu-lawan-arus

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian