Beg tangan lebih kecil dari sebutir garam berharga RM297,000

Beg tangan yang hanya boleh dilihat dengan mikroskop berjaya dijual dengan harga tinggi. - Foto Agensi
Beg tangan yang hanya boleh dilihat dengan mikroskop berjaya dijual dengan harga tinggi. - Foto Agensi
A
A
A

LONDON - Sebuah beg tangan mikroskopik 'lebih kecil daripada sebutir garam' telah dijual dengan harga AS$63,750 (RM297,000) dalam satu acara lelongan, lapor BBC.

Untuk melihat beg ini, alat mikroskop diperlukan dan beg ini hanya bersaiz 657x22x700 mikrometer.

"Ia cukup sempit untuk melepasi mata jarum, ia adalah beg tangan sangat kecil sehingga anda memerlukan mikroskop untuk melihatnya," kata pereka beg tersebut, MSCHF.

Koleksi seni MSCHF yang berpangkalan di Brooklyn cukup terkenal dengan reka bentuk kontroversinya.

Ia termasuk kasut mengandungi darah manusia, minyak wangi berbau seperti pelincir WD-40 dan but getah gergasi.

Kali ini, perekanya memutuskan untuk menghasilkan beg tangan paling kecil di dunia.

Difahamkan, beg itu menampilkan ciri-ciri mewah seperti jenama Louis Vuitton.

Ia diperbuat daripada resin fotopolimer dan direka menggunakan teknologi percetakan 3D yang sering digunakan untuk membuat model dan struktur mekanikal kecil. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!