Mahkamah Filipina arah lindungi Laut China Selatan
MANILA - Mahkamah Agung Filipina telah mengeluarkan perintah mengarahkan kerajaan melindungi, memelihara dan memulihkan persekitaran marin di tiga kawasan yang menjadi pertikaian multilateral di Laut China Selatan.
Writ kalikasan (alam semula jadi) itu dikeluarkan kelmarin meliputi kawasan Beting Scarborough, Beting Second Thomas dan Terumbu Mischief.
Perintah itu adalah hasil daripada petisyen difailkan aktivis alam sekitar dan nelayan yang mendakwa kerajaan gagal untuk bertindak terhadap pencerobohan China dan aktiviti yang merosakkan alam sekitar di ketiga-tiga kawasan tersebut.
Antara agensi yang dinamakan di bawah arahan itu adalah Jabatan Alam Sekitar dan Sumber Asli, Jabatan Pertanian, tentera laut dan pengawal pantai serta Jabatan Kehakiman dan polis.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!