Budaya rasuah di KLIA: SPRM siasat dakwaan King Sing
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat dakwaan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkaitan kewujudan isu rasuah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya akan mendapatkan maklumat daripada semua pihak dan menyiasat perkara itu sewajarnya.
"Oleh itu, kami menggesa orang ramai agar tidak mensensasikan atau membuat spekulasi mengenai perkara ini," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Pada Khamis, tular laporan portal mendakwa kekecohan tercetus di KLIA apabila seorang menteri didakwa menceroboh balai ketibaan lapangan terbang untuk 'menyelamatkan' seorang pelancong dari China.
King Sing kemudian tampil mempersoalkan siapa sebenarnya yang menyalah guna kuasa dalam kejadian itu, sama ada beliau atau pun pegawai Imigresen bertugas.
Mengakui dirinya menteri yang dikaitkan dengan kejadian itu, beliau bersyukur kehadirannya ke KLIA membongkar budaya rasuah dalam kalangan pegawai di pintu masuk masuk negara.
ARTIKEL BERKAITAN:Tular menteri didakwa buat kecoh di KLIA
Belum terima laporan menteri buat kecoh di KLIA - Anthony
Kerajaan, pihak berkuasa digesa siasat kes menteri buat kecoh di KLIA - Cuepacs
Imigresen siasat dakwaan insiden kekecohan libat menteri
Menteri akui kekecohan, dakwa berlaku isu rasuah di KLIA
MyBHA, MATA sokong tindakan King Sing dengar keluhan pelancong
'Saya sedang menunggu laporan penuh' - Saifuddin Nasution
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!