Pelancong dilarang masuk masjid, gara-gara video TikTok
NEW DELHI - Masjid Jama di New Delhi, India telah melarang pelancong memasuki pekarangan masjid itu selepas rakaman video memaparkan dua remaja sedang menari menjadi topik hangat di media sosial.
Klip video tersebut didakwa dirakamkan menggunakan aplikasi TikTok. Tidak lama selepas itu, muncul beberapa video lain menunjukkan beberapa individu menari dan menyanyi di masjid itu yang mencetuskan pelbagai reaksi.
Beberapa pengguna Twitter berang dengan perbuatan biadab mereka yang tidak menghormati masjid tersebut. Susulan itu, jawatankuasa masjid telah meletakkan papan tanda melarang kemasukan pelancong dan hanya yang mahu menunaikan solat dibenarkan masuk. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!