Kemboja pecat wakil Facebook
PHNOM PENH - Kemboja memutuskan untuk memecat wakil Facebook dari negara Asia Tenggara itu, menurut Perdana Menterinya, Samdech Techo Hun Sen pada Jumaat.
"Saya tidak berhasrat untuk menyekat akses Facebook di Kemboja, tetapi tidak membenarkan Facebook mempunyai wakilnya di Kemboja lagi," katanya dalam satu mesej suara yang disiarkan secara terbuka.
Beliau menuduh Facebook berat sebelah dan mengendahkan kenyataan 'menghina' yang dibuat oleh ahli politik dalam buangan terhadap Raja Kemboja, Norodom Sihamoni, Hun Sen dan ahli keluarganya.
Kementerian Hantaran dan Telekomunikasi (MPTC) dalam satu kenyataan lewat Jumaat memutuskan untuk memecat wakil Facebook dari Kemboja dan menghentikan semua aktivitinya termasuk perwakilan syarikat, hubungan dengan kerajaan dan kerjasama perkongsian dalam sektor swasta.
MPTC mengesan penyelewengan dalam perkhidmatan Facebook bagi pengguna di Kemboja, seperti ciptaan akaun palsu, risiko kebocoran data peribadi, penggunaan dan pengumpulan data peribadi, penyebaran berita palsu, kekurangan akauntabiliti dan ketelusan, dan campur tangan dalam hal ehwal politik negara. - Bernama-Xinhua
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!