PRN: Tong kayu jadi pentas ceramah Ahmad Shabery

Ahmad Shabery ketika berucap dalam program Jelajah Atas Tong yang dianjurkan oleh Perhubungan UMNO DUN Kemasik di Pantai Kuala Kertih, Kemaman pada 23 Jun lalu.
Ahmad Shabery ketika berucap dalam program Jelajah Atas Tong yang dianjurkan oleh Perhubungan UMNO DUN Kemasik di Pantai Kuala Kertih, Kemaman pada 23 Jun lalu.
A
A
A

KEMAMAN - Kemeriahan kempen sempena pilihan raya negeri (PRN) semakin terasa apabila kesemua enam negeri terlibat telah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing pada akhir Jun.

Tidak terkecuali Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang tampil kreatif dengan berceramah di atas tong kayu di sekitar DUN Kemasik, di sini.

Menurut beliau, pendekatan melalui konsep soapbox campaign dari United Kingdom itu diambil memandangkan ia lebih santai, tiada protokol serta lebih dekat dengan rakyat.

"Kita melaksanakan beberapa siri ceramah menerusi program 'Jelajah Atas Tong' yang meliputi zon Kertih, Kemasik dan di kawasan Felda.

"Kaedah ini akan digunakan dalam beberapa siri cermah yang akan dijalankan sepanjang PRN ini," katanya ketika ditemui pemberita di sini, baru-baru ini.

Ahmad Shabery ketika berucap sempena program Jelajah Atas Tong anjuran Perhubungan UMNO DUN Kemasik di sekitar kawasan di Kemaman, Terengganu.
Ahmad Shabery ketika berucap sempena program Jelajah Atas Tong anjuran Perhubungan UMNO DUN Kemasik di sekitar kawasan di Kemaman, Terengganu.

Ahmad Shabery yang juga Ketua Urusetia UMNO DUN Kemasik berkata, pihaknya akan terus mendekati rakyat bagi memastikan maklumat disampaikan secara langsung melalui pentas ceramah itu.

Ujarnya, kaedah kempen menggunakan tong setinggi 0.6 meter dan lebar 1.2 meter itu akan diperluaskan lagi sepanjang tempoh kempen pada PRN kali ini.

Enam negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu yang tidak membubarkan DUN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November tahun lalu akan terlibat PRN yang dijangka berlangsung pada Ogos ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!