Ahli perniagaan lapor polis kes kekecohan libat menteri di KLIA

Shariman membuat laporan polis berhubung insiden kekecohan melibatkan menteri berkenaan di KLIA pada Sabtu.
Shariman membuat laporan polis berhubung insiden kekecohan melibatkan menteri berkenaan di KLIA pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM – Satu laporan polis dibuat seorang warga tempatan berhubung kekecohan melibatkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Khamis.

Berdasarkan laporan polis, pengadu, Shariman Nordin yang merupakan seorang pemilik syarikat berkata, dia membuat laporan polis berkenaan di Balai Polis Main Terminal Building pada jam 4.30 petang Sabtu selepas membaca laporan media berkaitan insiden yang tular di Balai Ketibaan KLIA itu dan penjelasan menteri berkenaan.

“Saya membuat laporan ini atas kepercayaan bahawa menteri berkenaan tidak mempunyai kuasa yang sah pada sisi perundangan untuk melakukan tindakan tersebut sebanyak lima kali.

“Beliau (menteri berkenaan) bersama-sama seorang penjawat awam tanpa kuasa (berkenaan) telah bertindak dalam usaha melepaskan seorang pelancong warganegara China yang ditahan kemasukannya oleh pegawai Jabatan Imigresen di KLIA.

“Saya juga membaca penjelasan menteri terbabit (dalam laporan media) yang turut menuduh pegawai imigresen meminta rasuah daripada pelancong itu dan mengarahkan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) membuat siasatan terhadapnya,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tular menteri didakwa buat kecoh di KLIA

Belum terima laporan menteri buat kecoh di KLIA - Anthony

Kerajaan, pihak berkuasa digesa siasat kes menteri buat kecoh di KLIA - Cuepacs

Menteri akui kekecohan, dakwa berlaku isu rasuah di KLIA

'Saya sedang menunggu laporan penuh' - Saifuddin Nasution

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!