Ibu Engku Emran meninggal dunia

Noor Nabila memuat naik sebuah video di Instastory memohon orang ramai sedekahkan Al-Fatihah untuk ibu mentuanya.
Noor Nabila memuat naik sebuah video di Instastory memohon orang ramai sedekahkan Al-Fatihah untuk ibu mentuanya.
A
A
A

IBU mentua usahawan dan personaliti Noor Nabila Mohd Noor iaitu Salmah Abu Bakar meninggal dunia pada pagi Ahad.

Berita duka itu dikongsikan oleh isteri kepada usahawan Engku Emran Engku Zainal Abidin menerusi hantaran di Instagram miliknya.

Bagaimanapun kakak kepada Neelofa itu tidak berkongsi punca kematian Allahyarham.

"Mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk ibu mentua saya yang kembali ke rahmatullah pagi tadi.

"Semoga ALLAH mengampuninya, rahmatinya, memaafkannya, memuliakan kematiannya, lapangkan kuburnya dan jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya," coret Nabila menerusi sebuah video yang dimuat naik menerusi Instastory miliknya.

Dalam video itu kelihatan Engku Emran menaiki van jenazah untuk mengiringi jenazah bondanya buat kali terakhir.

Sementara itu, bekas isteri Engku Emran iaitu bintang popular, Erra Fazira turut berkongsi rasa duka sama.

"Innalillahiwainnailaihirojiun (Sesungguhnya dari ALLAH kita datang dan sesungguhnya kepada-Nya jua kita kembali).

"Moga syurga tempatmu mummy. Al-Fatihah buat mummy, Salmah Abu Bakar," tulis Erra ringkas menerusi Instastory miliknya.

Status yang dimuat naik Erra.
Status yang dimuat naik Erra.

Sekadar info, Emran dan Erra pernah berkahwin pada 25 Oktober 2007 namun hubungan itu tidak bertahan lama apabila mereka bercerai pada 18 Februari 2014.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia 14 tahun.

Emran kemudiannya menikahi aktres dari Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada 8 September 2017 di Kuala Lumpur tetapi perkahwinan itu hanya bertahan selama tiga tahun.

Emran seterusnya mendirikan rumah tangga dengan Nabila pada 19 Mac 2021. Pasangan itu belum dikurniakan cahaya mata.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!