Hachiko, anjing paling setia cecah usia 100 tahun

Hachiko, atau juga dipanggil Hachi dilahirkan pada November 1923 menjadi sahabat kepada tuannya, Professor Eizaburo Ueno. - Foto auctions.co.jp
Hachiko, atau juga dipanggil Hachi dilahirkan pada November 1923 menjadi sahabat kepada tuannya, Professor Eizaburo Ueno. - Foto auctions.co.jp
A
A
A

TOKYO - "Aku akan menanti kamu, tidak kira berapa lama masa diperlukan."

Demikian slogan sebuah poster filem China yang mengadaptasi kisah Hachiko, anjing paling setia di dunia.

Hachiko yang setia menanti tuannya di stesen kereta api Shibuya, Jepun sepatutnya sudah berusia 100 tahun jika ia masih hidup.

Hachiko, atau juga dipanggil Hachi, dilahirkan pada November 1923 menjadi sahabat kepada tuannya, Profesor Eizaburo Ueno.

Ueno juga amat menyayangi Hachiko dan menganggap Hachiko seperti anaknya sendiri.

Kesetiaan anjing baka Akita Inu berwarna krim yang menjadi menunggu tuannya, Ueno di stesen Shibuya tidak pernah berakhir meskipun selepas Ueno meninggal dunia akibat pendarahan otak pada 21 Mei 1925.

Rutin Hachiko tetap sama bertahun-tahun lamanya, sehingga dia ditemui mati sendirian di tepi jalan berdekatan stesen kereta api Shibuya pada 8 March 1935, hampir 10 tahun menanti kepulangan tuannya.

Kisah kesetiaan Hachiko terhadap Ueno turut diabadikan dalam pelbagai bentuk termasuk buku, filem, dan sitkom sains fiksyen.

Selepas kematian Hachiko, monumen haiwan itu telah didirikan di stesen kereta api Shibuya yang dikunjungi ramai sehingga ke hari ini.

Malah, setiap 8 April, sebuah upacara memperingati Hachiko diadakan di luar Stesen Shibuya yang mana monumennya dihias dengan skarf, topi Santa dan pelitup muka. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!