Sozboszlai teruja sertai Liverpool
PEMAIN baharu Liverpool, Dominik Szoboszlai teruja untuk menguji kemampuan bersama The Reds bersaing dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim depan.
"Tiga atau empat hari yang berlalu terlalu panjang dan ia bukan mudah.
"Namun akhirnya saya di sini (Anfield). Saya gembira dan tidak sabar untuk bermula," katanya menerusi satu kenyataan.
Pengesahan penyertaan pemain tengah Hungary dari kelab Bundesliga, RB Leipzig itu dimaklumkan oleh kelab pada malam Ahad.
Pemain berusia 22 tahun itu tiba di Anfield selepas media British melaporkan Liverpool membayar 70 juta euro (RM356.52 juta) bagi menebus kontraknya.
Szoboszlai merupakan pemain kedua dibeli The Reds di bawah pengarah sukan baharu, Jorg Schmadtke selepas pemain Argentina, Alexis Mac Allister.
Pembelian itu bagi memantapkan jentera tengah Liverpool berikutan musim yang mengecewakan.
Szoboszlai menganggap Liverpool sebuah kelab yang hebat dan penuh dengan sejarah dibarisi jurulatih dan pemain terbaik.
"Kelab yang benar-benar bersejarah, pemain yang sangat bagus dan jurulatih yang bagus. Semuanya bagus.
"Bagi saya ia adalah sempurna untuk melakukan langkah seterusnya dalam kelab seperti ini. Penyokong dan stadium, semuanya bagus," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!