Zaki Yamani mohon maaf
SHAH ALAM - Individu yang tular dengan ciapan biadab mendoakan kematian Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, tampil membuat permohonan maaf.
Pengguna Twitter, Zaki Yamani menulis permohonan maaf terbuka kepada isteri dan keluarga Abdul Hadi.
“Mengambil perhatian ciapan PM @anwaribrahim dan pandangan rakan-rakan, saya memohon maaf kepada isteri dan keluarga Tan Sri Abdul Hadi Awang andai ciapan saya ini menggores perasaan,” katanya menerusi ciapan pada Isnin.
Pada Sabtu, Zaki menulis ciapan biadab terhadap kesihatan Abdul Hadi dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad, kesal dengan tindakan seorang pengguna media sosial berkongsi ciapan berhubung keadaan kesihatan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang merosot dan sedang dirawat di hospital.
Dalam sebuah ciapan di Twitter, Anwar menggesa pengguna berkenaan, Zaki Yamani memohon maaf atas hantarannya itu.
ARTIKEL BERKAITAN:Abdul Hadi dibenar keluar hospital, ucap terima kasih atas doa
Keadaan Abdul Hadi semakin baik, dipindah ke wad biasa
'Adab harus dijaga' - Amirudin
Anak Jamal Abdillah, Zaki Yamani terkena tempias
Anwar arah Zaki Yamani mohon maaf
SU Politik PM nafi dakwaan ada kaitan dengan Zaki Yamani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!